PPCFestS

PAHANG PLANTATIONS AND COMMODITIES FESTIVAL & SYMPOSIUM

Negeri Pahang merupakan negeri penanaman dan pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia. Jumlah keluasan penanaman kelapa sawit di negeri Pahang adalah kira-kira 818,986 hektar dengan 25 peratus daripadanya ditanam di dalam 114 tanah rancangan FELDA seluruh negeri Pahang. Selebihnya diusahakan oleh syarikat konglemerat, anak syarikat kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan pekebun-pekebun kecil. Industri perladangan merupakan satu industri yang penting di Malaysia dan negeri Pahang khususnya. Industri ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan sosio-ekonomi di negeri Pahang. Oleh itu, sektor perladangan telah menjadi antara kegiatan utama kebanyakan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) di negeri ini.

Walaubagaimanapun, industri perladangan pada hari ini tidak lekang dengan isu dan menghadapi banyak cabaran yang berterusan dan sistematik, sama ada dari dalam Negara mahupun di peringkat antarabangsa. Beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh pihak yang berkenaan dalam mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri sawit pada masa kini. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang melalui UCYP dan KYP akan menganjurkan Pahang Plantations and Commodities Festival & Symposium 2022 (PPCFestS 2022) bertemakan “Commodity for Sustainable Community” bagi memperkasakan industri perladangan di negeri Pahang.

 

Objektif
  • Mengetengahkan isu dan cabaran industri perladangan dan komoditi serta pendekatan oleh pihak kerajaan bagi mengatasinya.
  • Membincangkan halatuju dan masa depan industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang.
  • Menggalakkan perkongsian pengalaman berkaitan dengan kaedah dan strategi yang cekap dalam menyelesaikan permasalahan dan cabaran terkini industri perladangan dan komoditi.
  • Mewujudkan dan memantapkan interaksi dan kerjasama yang baik antara pemain industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang.
  • Meneroka perkongsian kerjasama R&D dan teknologi terkini.