Simposium Industri Sawit Negeri Pahang 2022 “Komoditi Sawit: Cabaran dan Masa Depan”

4 Ogos 2022 (Khamis)
9.00 pagi

Negeri Pahang merupakan negeri penanaman dan pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia. Jumlah keluasan penanaman kelapa sawit di negeri Pahang adalah kira-kira 818,986 hektar dengan 25 peratus daripadanya ditanam di dalam 114 tanah rancangan FELDA seluruh negeri Pahang. Selebihnya diusahakan oleh syarikat konglemerat, anak syarikat kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan pekebun-pekebun kecil. Industri perladangan merupakan satu industri yang penting di Malaysia dan negeri Pahang khususnya. Industri ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan sosio-ekonomi di negeri Pahang. Oleh itu, sektor perladangan telah menjadi antara kegiatan utama kebanyakan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) di negeri ini.

Walaubagaimanapun, industri perladangan pada hari ini tidak lekang dengan isu dan menghadapi banyak cabaran yang berterusan dan sistematik, sama ada dari dalam Negara mahupun di peringkat antarabangsa. Beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh pihak yang berkenaan dalam mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri sawit pada masa kini. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang melalui UCYP dan KYP akan menganjurkan Pahang Plantations and Commodities Festival & Symposium 2022 (PPCFestS 2022) bertemakan “Commodity for Sustainable Community” bagi memperkasakan industri perladangan di negeri Pahang.

  • Mengetengahkan isu dan cabaran industri perladangan dan komoditi serta pendekatan oleh pihak kerajaan bagi mengatasinya.
  • Membincangkan halatuju dan masa depan industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang.
  • Menggalakkan perkongsian pengalaman berkaitan dengan kaedah dan strategi yang cekap dalam menyelesaikan permasalahan dan cabaran terkini industri perladangan dan komoditi.
  • Mewujudkan dan memantapkan interaksi dan kerjasama yang baik antara pemain industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang.
  • Meneroka perkongsian kerjasama R&D dan teknologi terkini.

YANG BERHORMAT DATO' SRI HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang.
(UCAPAN PERASMIAN)

YANG HORMAT PROFESOR EMERITUS DATO' DR. AHMAD BIN HAJI ZAINUDDIN

Naib Canselor University College of Yayasan Pahang.
(UCAPAN ALUAN)

EN. NIK RAUZI B. CHE YA @ NIK HALIM

Ketua Jabatan Perladangan YP Plantation Holdings Sdn. Bhd.
(PANEL)

DR. MOHD AZWAN BIN MOHD BAKRI

Ketua Mekanisasi dan Kejuruteraan Bahagian Penyelidikan Kejuruteraan dan Pemprosesan, MPOB.
(PANEL)

EN. WAN ABDUL HALIM BIN WAN ILIAS

Ahli Kimia Kanan Bahagian Agronomi & Khidmat Pertanian LKPP Corporation Sdn. Bhd.
(PANEL)

EN. HASBOLLAH BIN SUPARYONO

Pengurus Kanan Pengurusan Strategik, MPOCC.
(PANEL)

EN. ANUAR BIN AHMAD

Pengerusi Persatuan Alumni Perladangan UiTM (PAPU).
(PANEL)

FACEBOOK LIVE

SLAID PEMBENTANGAN

I am text block. Click edit button to change this text.

GALERI SIMPOSIUM DAN CABUTAN BERTUAH

Terima Kasih dan Tahniah kepada semua yang telah menghadiri Simposium Industri Sawit  Negeri Pahang 2022.